Go to content

Berita - Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah Bahagian Kota Kinabalu

Skip menu
PERKIS
BAHAGIAN KOTA KINABALU
BERITA 27 OKTOBER 2024

PERTUBUHAN Kebajikan Islam Sabah, Bahagian Kota Kinabalu (PERKIS), dengan kerjasama Parlimen P171, Sepanggar telah menganjurkan sambutan Semarak Maulidur Rasul, Peringkat Parlimen P171 Sepanggar, bertempat di Masjid AL-Munir, Kampung Darau, Manggatal Kota Kinabalu, pada 27 Oktober 2024, bersamaan 24 Rabiulakhir,1446 Hijrah.
BERITA 16 OGOS 2025

DATUK Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia akan merasmikan Majlis Ambang Hari Merdeka 2025  di Masjid Tun Ahmadshah, Kg. Inanam Laut, Inanam pada 18 Ogos 2025. Pengisian bagi program ini adalah Gema Selawat, Ceramah Perdana oleh Ustaz Dr KH Masyhuril Khamis, Penyampaian Sumbangan Bakul Rahmah Asnaf, dan  Jamuan Kenduri Sekampung.
BERITA 11 OGOS 2024:

PERTUBUHAN Kebajikan Islam Sabah (PERKIS), Bahagian Kota Kinabalu (PERKIS-BKK), telah mengadakan mesyuarat agong kali pertama, pada 11 Ogos 2024 bertempat di AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH (AKMAL), setelah permohonan pendaftaran pertubuhan ini, diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
BERITA 8 JULAI 2024:

Hujan lebat yang melanda Kota Kinabalu dan sekitarnya, pada penghujung bulan Jun 2024 yang lalu telah mengakibatkan banyak kawasan dibajiri air.  Antara kampung terkesan oleh banjir ialah Kampung Rampayan, dimana air bah telah memasuki rumah-rumah penduduk. Dengan rasa kasih sayang manusiawi kepada penduduk kampung Rampayan maka Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS), Bahagian Kota Kinabalu, sebagai badan sukarelawan telah turut bergerak pantas dan mengerakkan aktiviti kemanusiannya dengan membawa bekalan bahan makanan untuk diberikan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan.
BERITA 9 FEBUARI 2024:

Sambutan Majlis Forum Citra Hikmah Peristiwa Isra' Mikraj dan Ambang Ramadhan akan diadakan di Masjid Taman Kemajuan Likas Kota Kinabalu.
BERITA 23 MAC 2024:

Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah Bahagian Kota Kinabalu, Pertubuhan Wanita Sabah, Permata Tijarah Sabah dengan kerjasama Parliman P171, Sepanggar, telah mengadakan Majlis bersungkai : Melestari Budaya dan Tradisi, bertempat di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, pada 23 Mac 2024 yang lalu.
BERITA 31 JANUARI 2024:

Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Islam, Bahagian Kota Kinabalu (PERKIS) telah mengadakan kunjungan hormat, kepada Yang Berhormat Datuk Dr Haji Mohammad Arifin bin Datuk Haji Mohammad Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, di pejabatnya hari ini, bersamaan 31 Januari 2024.
Back to content