Jalidar Rasmi Majlis Iftar Jalinan Kasih Ramadan 2025
Kota Kinabalu: 11 Mac 2025
Laporan Hajimin H. Maslin
Restoran Mee Tauhu Corner dan LASA SEAFOOD STEAMBOT GRILL di Karamunsing Kapital, Kota Kinabalu, telah menjadi hos kepada penganjuran Majlis Iftar Jalinan Kasih Ramadan 2025 pada 11 Mac 2025. Acara yang berlangsung penuh keberkatan ini turut dihadiri oleh AJK PERKIS Bahagian Kota Kinabalu bersama masyarakat setempat.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Datuk Hj Jalidar Abdul Rahim, Ketua PERKIS Bahagian Kota Kinabalu. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan peranan PERKIS sebagai wadah ukhuwah yang menjadi jambatan santunan kasih buat kaum dhu'afa dan anak-anak yatim. Beliau turut menyampaikan tazkirah Ramadan yang padat dengan pengajaran serta nasihat, menggalakkan hadirin untuk memanfaatkan bulan suci ini dengan memperbanyakkan amal kebajikan.

Acara kemuncak majlis adalah jamuan berbuka puasa, dengan hidangan istimewa hasil tajaan pihak penganjur. Selain itu, majlis ini turut menyaksikan penyampaian sedekah kepada anak-anak yatim dari kawasan sekitar Kota Kinabalu. Langkah ini merupakan simbol kasih dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.
Majlis yang penuh bermakna ini berjaya mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat serta menyemai nilai-nilai murni seperti semangat berkongsi rezeki dan keikhlasan, selaras dengan semangat Ramadan. Usaha murni seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan, memberikan lebih banyak manfaat kepada komuniti.








