Go to content

Sumbangan Infaq - Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah Bahagian Kota Kinabalu

Skip menu
PERKIS
BAHAGIAN KOTA KINABALU
PERKIS Bantu Mangsa Banjir

Hujan lebat melanda Kota Kinabalu dan sekitarnya pada penghujung bulan Jun 2024 yang lalu telah mengakibatkan banyak kawasan dibajiri air. Antara kampung terkesan oleh banjir ialah Kampung Rampayan di mana air bah telah memasuki rumah-rumah penduduk.

Dengan rasa kasih sayang manusiawi kepada penduduk kampung rampayan maka Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS), Bahagian Kota Kinabalu sebagai badan sukarelawan telah turut bergerak pantas dan mengerakkan aktiviti kemanusiannya dengan membawa bekalan bahan makanan untuk diberikan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan.

Dengan hati penuh kasih sayang, Perkis Bahagian Kota Kinabalu yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Jalidar Abdul Rahim dengan dibantu oleh ahli jawatankuasa kerjanya telah membagi-bagikan bahan makanan kepada mangsa banjir. Turut sama dalam majlis ringkas ini ialah Ketua Kampung Rampayan.

Setiap suara “terima kasih” daripada penduduk Kampung Rampayan akan mengukuhkan lagi semangat sukarelawan, Perkis Bahagian Kota Kinabalu.

Mangsa Banjir, tahu bahawa tugas PERKIS bukan hanya memberi makanan tetapi juga memberikan satu harapan, dan keikhlasan kepada mangsa-mangsa banjir agar terus bersamangat dan kekuatan walaupun dilanda, banjir besar.

Back to content