MARIATI ziarah mangsa kebakaran Kampung Cempaka, Likas.
Kota Kinabalu: 1 Mac 2025
Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) Bahagian Kota Kinabalu, yang diwakili oleh Puan Mariati Kastari, telah menziarahi mangsa-mangsa kebakaran di pusat pemindahan sementara. Puan Mariati menyatakan bahawa pihak PERKIS berkongsi rasa berdukacita dan telah menyumbangkan pakaian serta makanan pada malam kejadian. Puan Mariati berharap agar ada pihak-pihak tertentu yang akan tampil memberikan bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang terjejas. Mereka juga berusaha memastikan mangsa-mangsa mendapat sokongan yang diperlukan dalam menghadapi situasi ini, terutama pada bulan Ramadan ini.
Kejadian kebakaran ini berlaku pada awal pagi Sabtu, sekitar jam 5.40 pagi. Kebakaran tersebut telah memusnahkan sebanyak 80 buah rumah setinggan di Kampung Cempaka, Likas. Kejadian ini telah menyebabkan seramai 669 orang penduduk kehilangan tempat tinggal.








