Majlis Forum Citra Hikmah Peristiwa Isra' Mikraj dan Ambang Ramadhan...
Semalam, 9 Februari 2024, satu majlis Forum Citra Hikmah Peristiwa Isra' Mikraj dan Ambang Ramadhan dan Penyampaian Bingkisan Untuk Fakir Miskin anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIS) Bahagian Kota Kinabalu, dan Ahli jawatankuasa Masjid Nur Iman, telah berlangsung di Masjid Nur Iman, Taman Kemajuan Kampung Likas, Kota Kinabalu.
Majlis ini, telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Mustapha bin Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, yang diwakilkan kepada Pegawai Khasnya, Yang Mulia, Tuan Leman Selamat.
Turut berucap dalam majlis itu ialah Yang Berhomat Tuan Haji Azhar Haji Matussin, Penaung Ahli Jawatankuasa Masjid Nur Iman, Taman Kemajuan Likas.
Sebagai pengisian utama majlis, PERKIS dan Ahli Jawatankuasa Nur Iman telah menjemput dua ahli Panel terkenal Sabah, Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Manap Lakariba, Timbalan Mufti Negeri Sabah dan Yang Berbahagia Dr Ustaz Haji Mohamad Shahir Ismail, Pensyarah Kanan dari Institut Pendidikan Guru, Kampus Gaya Kota Kinabalu untuk menyemarakkan lagi Forum semalam.
Sebaik sahaja Bicara Forom selesai, Yang Mulia, Tuan Leman Selamat, dan Yang Berhormat ,Tuan Haji Azhar Haji Matussin telah menyampaikan sumbangan PERKIS Bahagian Kota Kinabalu, berupa bingkisan bahan makanan, kepada seramai 35 orang fakir miskin Kampung Likas.