Go to content

Jalidar beri tayusiah/pidato majlis HUT ke-94 di Medan - Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah Bahagian Kota Kinabalu

Skip menu
PERKIS
BAHAGIAN KOTA KINABALU
Surah 99, ayat 7-8: "Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula." Sahih Muslim 2626, dari Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda: "Jangan pernah meremehkan sedikitpun kebaikan, walaupun itu hanya dengan bertemu saudaramu dengan wajah yang berseri." Pesan dari ayat dan hadith ini adalah untuk selalu menyadari bahwa setiap perbuatan kita diketahui oleh Allah, dan kita harus selalu berusaha melakukan kebaikan walaupun sekecil apapun.
Kota Kinabalu: 24 Disember 2024
Ketua Penerangan

MAJLIS Silaturrahmi PERKIS Kota Kinabalu dan Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) telah diadakan bertujuan untuk mempererat hubungan antara ahli jawatankuasa dan memperkenalkan jawatankuasa baru MBR kepada ahli PERKIS Kota Kinabalu.

Program ini telah disempurnakan oleh YBHG Datuk Haji Paiman Bin Hj Abdul Karim, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, dan program ini telah berlangsung dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan:

  1. Sesi Kunjung Hormat kepada Pengerusi dan Jawatankuasa baru MBR: Para peserta telah diberi peluang untuk berkenalan dan beramah mesra dengan Pengerusi dan ahli jawatankuasa baru Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
  2. Majlis Ramah Mesra PERKIS Kota Kinabalu: Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahmi antara ahli jawatankuasa PERKIS Kota Kinabalu.
  3. Penyerahan Watikah Pelantikan PERKIS Kota Kinabalu: Pengerusi PERKIS Kota Kinabalu telah menyerahkan watikah pelantikan kepada ahli jawatankuasa yang baru dilantik.

Semasa ucapan, YBHG Ustaz Datuk Hj Jalidar Abdul Rahim, Pengerusi PERKIS Kota Kinabalu telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyatakan harapan agar hubungan silaturrahmi ini akan terus kekal kukuh. Beliau juga mengucapkan penghargaan atas kerjasama semua pihak yang menjayakan program ini.

Program Majlis Silaturrahmi ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam mempererat hubungan antara ahli jawatankuasa dan memperkenalkan jawatankuasa baru Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Kerjasama dan komitmen semua ahli jawatankuasa amat dihargai.
H. Jalidar buat kunjungan dan diberi penghormatan berpidato di Madrasah SD Al Washliyah Kisaran, Asahan

MEDAN:  5 Disember 2024
Ketua Penerangan

USTAZ Datuk Haji Jalidar Abdul Rahim, Ketua Bahagian PERKIS Kota Kinabalu, telah mengunjungi Madrasah SD Al Wasliyah Kisaran Asahan Medan pada 5 Disember 2024 hari ini. Madrasah ini adalah tempat Datuk Jalidar menerima pendidikan awalnya.

Pada kunjungan tersebut, Datuk Jalidar telah diberi penghormatan untuk memberi pidato kepada pelajar-pelajar di madrasah tersebut. Dalam pidatonya, beliau memberi inspirasi dan kata-kata semangat, menggalakkan pelajar-pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan bercita-cita tinggi untuk menjadi insan yang berilmu dan beriman.

Madrasah Al Wasliyah adalah sebuah institusi pendidikan yang unggul sejak ditubuhkan pada 30 November 1930. Ia telah melahirkan ramai ulama dan pemimpin yang hebat untuk bangsa kita.

Datuk Jalidar menerima pendidikan di Madrasah Al Wasliyah, bermula dari peringkat ibtidai, tsanawi, dan aliyah sehingga ke universiti. Selepas itu, beliau merupakan salah seorang daripada 18 pendakwah dari Medan yang dihantar ke Sabah, Malaysia, untuk berkhidmat kepada agama, bangsa, dan negara, khususnya membantu gerakan dakwah Islam yang dipelopori oleh Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau United Sabah Islamic Association (USIA).

Sebagai sebuah madrasah yang unggul, Ustaz Abdul Somad juga pernah menuntut pendidikan awal di sini. Kini, beliau telah menjadi seorang ulama tersohor di negara ini dan di seluruh Nusantara.
Datuk H. Jalidar diberi penghormatan memberikan tayusiah/pidato semasa majlis HUT ke-94 di Medan

MEDAN; 30 Nov 2024
Ketua Penerangan








Datuk H. Jalidar Abdul Rahim, Ketua Bahagian PERKIS Kota Kinabalu, telah diberi penghormatan untuk memberikan tayusiah semasa majlis HUT ke-94 Al Washliyah di Kota Tg Balai, Asahan Medan, pada 30 November 2024 yang lalu.

Majlis ini dihadiri oleh pimpinan daerah dan pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan lagi peringatan ulang tahun ke-94 organisasi Al Washliyah. Datuk H. Jalidar Abdul Rahim memberikan pidato yang menggugah dan penuh makna, mengingatkan semangat kebersamaan dan peranan organisasi dalam masyarakat.
Back to content