Go to content

Majlis Ambang Merdeka 2025-Masjid Tun Ahmadshah Inanam Laut - Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah Bahagian Kota Kinabalu

Skip menu
PERKIS
BAHAGIAN KOTA KINABALU

Kota Kinabalu, 18 Ogos 2025
oleh: Hajimin H Maslin

SEMPENA sambutan Masjlis Ambang Merdeka 2025, satu majlis penuh makna telah dianjurkan secara bersama oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) Bahagian Kota Kinabalu dan Ahli Jawatankuasa Masjid Tun Ahmadshah, Kampung Inanam Laut.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Hasim Haji Jamal, Pengarah Parlimen P.171 Sepanggar, yang hadir mewakili YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.171 Sepanggar.

Pengisian Program yang Menyentuh Jiwa

Majlis ini diserikan dengan pelbagai aktiviti yang bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan dan memperkukuh nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat Islam setempat. Antara pengisian utama ialah:
  • Gema Selawat yang menghidupkan suasana kerohanian
  • Ceramah Perdana oleh Ustaz Dr KH Masyhuril Khamis, yang menyentuh tentang erti kemerdekaan dari sudut rohani dan sosial
  • Penyampaian Sumbangan Bakul Rahmah Asnaf, sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan
  • Jamuan Kenduri Sekampung, berkonsepkan tradisi suku sama baju, yang mempererat silaturrahim dalam suasana penuh kemesraan

Menjiwai Semangat Ukhuwah dan Syukur
Sebagai usaha menyuburkan semangat kebersamaan, keprihatinan terhadap golongan asnaf, serta menyemai rasa syukur dan cinta tanah air, YBhg Tan Hasim telah menyampaikan sumbangan kepada 101 penerima daripada kalangan asnaf. Beliau diiringi oleh YBhg Datuk Haji Jalidar Abdul Rahim - Pengerusi PERKIS Bahagian Kota Kinabalu serta Saudara Tuan Mohamad Zain Awang - Pengerusi Masjid Tun Ahmadshah, bersama barisan ahli jawatankuasa penganjur.

Senarai Penerima Sumbangan Bakul Rahmah Asnaf
Senarai penuh penerima adalah seperti berikut,

Kampung Darau, Menggatal   Kamarudin bin Awang, Rujie bin Arim, Jamil bin Selin, Sarin bin Jinal, Seek bin Sani, K. Saminah binti Kadir, Juriah binti Linus, Kenah binti Abd Noyoh, Marlina binti Asin, Rusmah binti Madli, Masusih @ Memuliah binti Asin;

Kampung Kalansanan, Inanam Sitti Sahaya Madayani, Sokilin Gombidau, Chung Su Li, Aminah binti Limin, Tihin @ Noraini binti Sipon;

Kampung Likas Jumatiah binti Andasi, Jainun binti Doyot, Mat Tiaman Ibrahim, Norrisnah Mohd Yusof, Selamat bin Bilu, D Jainal bin D Abirin, Mhd Gani bin Harun, Nurlisa binti Abu, Harija binti Saiddun, Dyg Anna binti Amirul, D Jainal bin D Jalil, Nursita binti Salimin, Siti Nuraini binti D Zainal, Dyg Manjana binti D Mohammad, Dyg Latipa binti D Pangilan;

Kampung Rempayan   Jamilah bte Basri, Mohin bin Said, Endin bin Setoh, Tsue Mui Kong, Nordin bin Shamsuddin, Ag Raffie bin Mohammad, Fatimah bte Amat, Tiajar bte Lasin, Tipah bte Ejun, Mastiah bte Majit, Rebin bt Edal, Kasmah bt Ambad, Mun bt Dewayah, Dia bt Stamin, Rusiah bt Husin, Cik Neh bt Edal, Denah bt Othman, Normah bt Musah, Nordewi bt Normin, Shaira bt Yunus;

Inanam Laut Blok A   Nouly @ Norlela binti Mickey, Salbiah binti Sidik, Lomah binti Sidik, Saibul bin Ambau, Rusita binti Sasi, Haji Awang bin Juali, Yusuf bin Awang Besar, Jainah binti Sawang, Minah binti Sawang, Saimah binti Sawang, Rabaina binti Saman, Maria binti Basir, Arpah binti Sawang, Nobena binti Joun @ Tai Su On, Haji Adnan bin Mohd Yassin, Dianah binti Darasik;

Inanam Laut Blok B   Julia binti Pelai (OKU), Meran bin Ramlee, Hj Jamid bin Johor, Nin bin Mydin, Mohd Yunus bin Mahmud, Sari bin Kahar, Limat bin Ahad, Simah bin Kassim, Jinin bin Harris, Rubiah binti Abdul Rahman, Justinah binti Gambar;

Inanam Laut Blok C   Osman bin Okk Hassan, Salleh Alun, Ramli bin Hussin, Kadir Hashim, Hadiah binti Hj Kuyung, Sarinah binti Sono, Othman Ayup, Maslinah binti Abdul Manaf, Jeliah binti Kassim, Nurazimah binti Sumar;  dan  

Inanam Laut Lot Inanam 2   Noorliza binti Saidin, Rupinah binti Kee, Matsani bin Isa, A.S Sally bin Sainin, Jumat bin Hj. Munul, Dang binti Siun, Firdaus, Samni binti Mat Lajim, Salleh bin Isa, Aisha @ Rosni binti Gani, Mohd Salleh bin Meri, Lo Kui Len @ Liana Lo Abdullah, Rabainah binti Saman.

Majlis diakhiri dengan jamuan kenduri sekampung, yang bukan sahaja menghidangkan juadah tradisional, tetapi juga menyatukan hati-hati dalam semangat kemerdekaan dan kasih sayang sesama insan. Tradisi suku sama baju yang diketengahkan menjadi simbol kesatuan dan perpaduan masyarakat setempat.
Back to content