Go to content

Sambutan Maulidur Rasul - Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah Bahagian Kota Kinabalu

Skip menu
PERKIS
BAHAGIAN KOTA KINABALU
Datuk Mustapha rasmi Semarak Maulidur Rasul, Peringkat Parlimen P171 Sepanggar
TUAN HAJI RAPIHI BINE DERIM @ WASIHIM
PENERIMA ANUGERAH TOKOH MAULIDUR RASUL
(Mantan Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha Papar)

USTAZ ABDUL RAHIM BIN ABDULLAH
(Pitah George Bin Gulingan)
PENERIMA TOKOH IMAN TELADAN
Imam  Rawatib Masjid Al-Munir Kg Darau Mengatal
Guru Kafa & Al-Quran
(Mantan PADERI SIB Kinsom Inanam)

USTAZAH NURUL NORSHAZAH HAMID
PENERIMA ANUGERAH SAIDATINA FATIMA AZ-ZAHRA

USTAZAH NABILAH OMAR
PENERIMA ANUGERAH SAIDATINA KHADIJAH AL-KHUBRO



KOTA KINABALU: 27 -10-2024
Ketua Penerangan

PERTUBUHAN Kebajikan Islam Sabah, Bahagian Kota Kinabalu (PERKIS), dengan kerjasama Parlimen P171, Sepanggar telah menganjurkan sambutan Semarak Maulidur Rasul, Peringkat Parlimen P171 Sepanggar, bertempat di Masjid AL-Munir, Kampung Darau, Manggatal Kota Kinabalu, pada 27 Oktober 2024, bersamaan 24 Rabiulakhir,1446 Hijrah. Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ts Haji Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P171 Sepanggar.

Semasa perasmian, YB Menteri dalam ucapannya menekankan pentingnya memperingati Maulidur Rasul sebagai cara untuk memperkuat ukhuwah dan meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah s.aw dan program seumpama ini akan diadakan setiap tahun di kawasan P 171 Sepanggar.

Untuk memeriahkan lagi sambutan ini, sebanyak 7 kontinjen berarak dengan penuh semangat serta diiringi alunan selawat dan bacaan doa yang mengagungkan kebesaran Nabi Muhammad s.a.w. Para peserta perarakan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan mengenakan tema pakaian tradisional melayu dan membawa sepanduk.

Setibanya peserta perarakan di halaman Masjid Al-Munir, YB Menteri turut beramah mesra dengan ketua-ketua kumpulan serta memberikan semangat kepada semua peserta. Ramah mesra ini, sebenarnya menjadi simbol kerjasama dan ukhuwah yang kuat di kalangan masyarakat, di kawasan Parlimen P171, Sepanggar.

Setelah perarakan itu selesai, acara diteruskan dengan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh yang berbahagia Datuk Ustaz Haji Abdul Manap bin Lakariba, Timbalan Muti Negeri Sabah. Tazkirah ini mengajak para hadirin untuk meneladani akhlak Nabi Muhammad, Rasulullah s.a.w dengan mengamalkan ajaran baginda dalam kehidupan seharian.

Bacaan puisi turut diadakan untuk memperingati perjuangan dan pengorbanan Rasulullah s.a.w. Puisi ini disampaikan oleh 2 orang pemuisi Nusantara dan Malaysia, iaitu Ustaz Datu Hj Ismail Datu Duah dan Haji Sukor bin Haji Usin dengan penuh penghayatan dan memberi Inspirasi kepada para hadirin.

Di akhir majlis, YB Menteri menyampaikan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada Ustaz Haji  Wasihim Rapihi Bin Derum, dan Anugerah Tokoh Iman Teladan kepada Ustaz, Abdul Rahim Bin Abdullah, seorang mualaf dari Kionsom, Inanam, Anugerah Saidatina Khadijah Al-Khubro kepada Ustazah Nabilah Omar, Anugerah Saidina Ali kepada Ustaz Nashraf Ideen bin Nahar, dan Anugerah Saidatina Fatima Az-Zahra kepada Ustazah Nurul Norshazah Hamid.

Anugerah-anugerah tokoh ini merupakan satu pengiktirafan kepada individu yang telah memberi sumbangan besar kepada masyarakat islam, khususnya di kawasan Parlimen P171 Sepanggar.

YB Menteri juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan perarakan. Sebanyak 7 kumpulan yang melibatkan lebih 400 orang peserta telah berjaya menampilkan kreativiti, dan semangat dalam perarakan mereka. Johan dimenangi oleh Masjid Jamek kampung Likas, di tempat kedua, Masjid Tun Ahmadshah Kampung Inanam Laut, dan tempat Ketiga dimenangi oleh  Masjid An-Nur Kampung Rampayan Menggatal.

Sementara itu, dalam kategori ramai penyertaan, dimenangi oleh kumpulan Masjid Al-Munir, Kampung Darau, Menggatal dengan jumlah penyertaan sebanyak 164 orang.
Back to content