Go to content

Bersungkai Bersama Menteri - Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah Bahagian Kota Kinabalu

Skip menu
PERKIS
BAHAGIAN KOTA KINABALU
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia rasmi majlis bersungkai

Kota Kinabalu: 23 Mac 2024
Ketua Penerangan

Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah Bahagian Kota Kinabalu, Pertubuhan Wanita Sabah, Permata Tijarah Sabah dengan kerjasama Parliman P171, Sepanggar, telah mengadakan Majlis bersungkai : Melestari Budaya dan Tradisi, bertempat di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, pada 23 Mac 2024 yang lalu.

Majlis  ini dirasmi oleh Yang Berhormat Datuk Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, iaitu seorang pemimpin tempatan, yang telah memberikan  dukungan atas pelaksanaan program ini.

Tujuan majlis diadakan adalah untuk sama-sama berbuka puasa ramadan, disamping untuk mempererat hubungan antara masyarakat, dengan cara melestarikan budaya serta tradisi, yang diamalkan dalam masyarakat majmuk tempatan.
Selain itu, dalam acara ini juga diadakan Bicara Ramadan, bertajuk Jangan persiakan sesaatpun dari ramadan, yang telah disampaikan oleh dua orang tokoh, iaitu, Yang Berbahagia Datuk  Haji Abdul Manap Lakariba, Timbalan Mufti Negeri Sabah dan Yang Berbahagia Ustazah Umi Doktor Rubiah K Hamzah, seorang Pakar Motivasi dan Kaunselor Keluarga.

Dalam majlis itu juga, Timbalan Menteri telah  menyampaikan beberapa bentuk sumbangan, kepada anak-anak yatim dan asnaf daripada Kampung Inanam Laut, Kampung Rampayan Manggatal, Kampung Tobobon Manggatal, dan juga Madrasah dan Pusat  Tahfiz dari sekitar Kota Kinabalu dan Putatan, sebagai bentuk kepedulian terhadap sesama manusia.

Majlis bersungkai ini tidak hanya menjadi momen untuk berkumpul dan makan bersama tetapi juga menjadi wadah untuk menyebarkan nilai-nilai kebersamaan dan kepedulian sosial.

Dengan adanya kegiatan seperti ini, diharapkan masyarakat terus dapat menghargai dan melestarikan budaya serta tradisi, warisan berzaman, serta meningkatkan rasa empati terhadap sesama yang membutuhkan.

Semoga kegiatan seperti ini dapat terus dilakukan dan menjadi inspirasi bagi masyarakat lainnya untuk melakukan hal serupa demi memperkokoh tali persaudaraan dan kepedulian sosial dalam masyarakat.
Back to content