Go to content

Ketua PERKIS Kota Kinabalu, YBhg Ustaz Datuk Hj Jalidar Abdul Rahim, Nara Sumber di Seminar Internasional Al Washliyah - Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah Bahagian Kota Kinabalu

Skip menu
PERKIS
BAHAGIAN KOTA KINABALU
Datuk Hj Jalidar Abdul Rahim Hadiri Ulang Tahun ke-95 Al Washliyah di Serdang Bedagai

Pantai Cermin, Serdang Bedagai – 11 Disember 2025
oleh Hajimin H Maslin

Ketua PERKIS Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Hj Jalidar Abdul Rahim, telah menghadiri Majlis Ulang Tahun ke-95 Al Jam’iyatul Washliyah yang berlangsung di Pantai Cermin, Serdang Bedagai. Kehadiran beliau menzahirkan komitmen PERKIS dalam memperkukuh hubungan ukhuwah Islamiah dengan organisasi Islam serantau.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Dr Dedy Iskandar Batubara, Ketua Wilayah Al Washliyah Sumatera Utara yang juga merupakan anggota Dewan Perwakilan Daerah (Senator) mewakili Wilayah Sumatera Utara. Pertemuan ini memperlihatkan kesepaduan usaha antara pemimpin Islam dari Malaysia dan Indonesia dalam memperkukuh dakwah, pendidikan, serta kebajikan umat.

Sebelum ini, pada 16 Ogos 2025, Al Washliyah telah mengadakan jelajah dan forum di Sabah yang dipengerusikan oleh Datuk Hj Jalidar Abdul Rahim. Forum tersebut menjadi wadah penting dalam mempertemukan tokoh-tokoh masyarakat dan cendekiawan bagi membincangkan peranan organisasi Islam dalam memperkukuh nilai keagamaan serta kebersamaan di rantau ini.

Kehadiran Datuk Hj Jalidar Abdul Rahim di majlis ulang tahun ke-95 Al Washliyah sekali lagi menegaskan komitmen PERKIS Bahagian Kota Kinabalu dalam memperkukuh jaringan silaturahim dan kerjasama strategik dengan organisasi Islam serantau, demi memperkasa dakwah dan pendidikan umat.
Ketua PERKIS Kota Kinabalu, YBhg Ustaz Datuk Hj Jalidar Abdul Rahim, Nara Sumber di Seminar Internasional Al Washliyah

Medan, Indonesia – 2 Disember 2025
Oleh Hajimin H. Maslin

PERKIS Bahagian Kota Kinabalu dengan penuh penghargaan merakamkan kejayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap Ketua Bahagian, YBhg Ustaz Datuk Hj Jalidar Abdul Rahim, yang telah dijemput sebagai nara sumber utama dalam beberapa siri seminar dan majlis dakwah anjuran Universitas Al Washliyah Medan, Indonesia.

Seminar Internasional Transformasi Pengkaderan Ulama

Pada 2 Disember 2025, Datuk Jalidar telah tampil sebagai nara sumber dalam Seminar Internasional Transformasi Pengkaderan Ulama di Indonesia: Perjalanan Dakwah Al Washliyah di Negeri Sabah, Malaysia. Seminar ini menghimpunkan tokoh ulama dan cendekiawan Islam dari pelbagai negara, membincangkan kesinambungan dakwah serta peranan ulama dalam membentuk masyarakat Islam yang berilmu dan berakhlak.

Seminar Dakwah Islam Internasional

Sebelum itu, pada 27 November 2025, beliau turut menjadi nara sumber dalam Seminar Dakwah Islam Internasional bersempena Hari Ulang Tahun Al Washliyah ke-95 di Medan. Tajuk yang dibawakan, “Al Washliyah, Selepas 50 Tahun, Berdakwah Jangkaannya Hingga ke Sabah”, menyorot sejarah dan jangkauan dakwah Al Washliyah yang telah berkembang merentas sempadan hingga ke Malaysia.

Pada 29 November 2025, beliau turut menghadiri majlis doa dan zikir bersama para ulama dan masyarakat setempat, memperkukuh ukhuwah Islamiah serta semangat dakwah lintas negara.

Sambutan Kehadiran

Sebagai tanda penghormatan, pada 26 November 2025 telah diadakan jamuan makan siang oleh Rektor Universitas Muslim Nusantara (UMN) Medan, Dr. Firmansyah, bersama Rektor Universitas Al Washliyah (UNIVA) Medan, Prof. Saiful Akhyar Lubis. Majlis tersebut turut dihadiri oleh staf-staf UMN, memperlihatkan penghargaan dan keakraban terhadap tokoh dakwah dari Sabah ini.

Pengiktirafan Dakwah Antarabangsa

Kehadiran dan sumbangan Datuk Jalidar dalam siri seminar serta majlis dakwah di Medan bukan sahaja mengangkat nama PERKIS Bahagian Kota Kinabalu, malah memperkukuh hubungan dakwah antara Malaysia dan Indonesia. Ia menjadi bukti bahawa usaha dakwah Al Washliyah telah menyeberangi sempadan, menyatukan umat Islam dalam semangat ilmu, amal, dan ukhuwah.
Ketua Bahagian PERKIS Kota Kinabalu Diundang Sebagai Narasumber Antarabangsa di Medan, Indonesia


Kota Kinabalu - 17 November  2025
Oleh: Hajimin H. Maslin

Ustaz Datuk Haji Jalidar Abd. Rahim, Ketua Bahagian Persatuan Kebajikan Islam (PERKIS) Kota Kinabalu, telah menerima undangan istimewa untuk menjadi salah seorang narasumber dalam Seminar Dakwah Islam Antarabangsa yang akan berlangsung di Medan, Indonesia.  

Seminar tersebut dijadualkan pada 27 November 2025 dan akan menghimpunkan tokoh-tokoh dakwah dari pelbagai negara. Dalam majlis berprestij ini, Ustaz Datuk Haji Jalidar akan membentangkan makalah bertajuk:  

“Al Washliyah, Selepas 50 Tahun Jangkauan Dakwahnya Hingga ke Sabah”  

Beliau menekankan bahawa kesempatan ini bukan sahaja sebagai ruang untuk memperkenalkan peranan dakwah Islam di Sabah, tetapi juga sebagai wadah memperkukuh hubungan ukhuwah antara Malaysia dan Indonesia melalui jaringan Al Washliyah.  

Selain beliau, seminar ini turut menampilkan narasumber dari London dan Mesir, menjadikan acara tersebut benar-benar bersifat antarabangsa dengan perspektif dakwah yang luas dan beragam.  

Dalam pesannya kepada warga PERKIS, Ustaz Datuk Haji Jalidar memohon doa agar beliau berjaya menampilkan wajah dakwah Islam Sabah di pentas dunia, sekaligus mengangkat martabat perjuangan dakwah yang telah berakar selama lebih setengah abad.
Back to content