Surah 99, ayat 7-8: "Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula." Sahih Muslim 2626, dari Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda: "Jangan pernah meremehkan sedikitpun kebaikan, walaupun itu hanya dengan bertemu saudaramu dengan wajah yang berseri." Pesan dari ayat dan hadith ini adalah untuk selalu menyadari bahwa setiap perbuatan kita diketahui oleh Allah, dan kita harus selalu berusaha melakukan kebaikan walaupun sekecil apapun.
Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran PERKIS Kota Kinabalu

Kota Kinabalu, 7 Mac 2026 (17 Ramadhan 1447H)
Laporan: Hajimin Maslin
Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) Bahagian Kota Kinabalu dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Sabah serta Surau Nur Hidayah Taman Keramat akan menganjurkan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran pada Sabtu, selepas solat tarawih.
Majlis ini bertujuan memperingati peristiwa agung penurunan Al-Quran sebagai panduan hidup umat Islam, di samping mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat kebajikan dalam kalangan masyarakat.
Butiran Program
* Tarikh: 7 Mac 2026 / 17 Ramadhan 1447H
* Masa: Selepas Solat Tarawih (8 rakaat sahaja)
* Tempat: Surau Nur Hidayah, Taman Keramat, Kota Kinabalu
Aturcara Majlis
1. Bacaan Al-Quran
2. Ucapan Aluan
3. Ceramah Nuzul Al-Quran
4. Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal
5. Doa
6. Jamuan ringan
7. Bersurai
Selain ceramah agama, majlis ini turut diserikan dengan acara penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan, termasuk anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal. Inisiatif ini mencerminkan komitmen PERKIS KK dan rakan kerjasama dalam memperkukuh nilai kasih sayang, kepedulian serta tanggungjawab sosial.
Jawatankuasa Pelaksana PERKIS Bahagian Kota Kinabalu bersama Surau Nur Hidayah Taman Keramat mengalu-alukan kehadiran seluruh masyarakat setempat untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini. Semoga sambutan Nuzul Al-Quran kali ini menjadi wadah memperkukuh iman, mempererat silaturahim dan menyemai budaya memberi dalam bulan penuh keberkatan.
PERUTUSAN KETUA BAHAGIAN PERKIS KOTA KINABALU
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan dan seluruh ahli PERKIS Bahagian Kota Kinabalu atas usaha cemerlang dalam pembangunan laman web PERKIS Bahagian Kota Kinabalu. Laman web ini merupakan satu inisiatif yang sangat penting dan tepat pada masanya, yang akan menjadi platform komunikasi yang efektif antara PERKIS dengan sesama ahli PERKIS serta orang awam.Melalui laman web ini, maklumat mengenai perancangan dan program yang bakal dan telah dilaksanakan oleh PERKIS dapat disampaikan dengan lebih mudah dan pantas kepada masyarakat umum. Ini termasuklah pelbagai aktiviti kebajikan, program pendidikan, dan acara-acara yang diadakan oleh PERKIS. Selain itu, laman web ini juga akan menjadi medium untuk berkongsi berita terkini dan pencapaian organisasi, sekaligus memupuk rasa kebersamaan dan semangat perpaduan dalam kalangan ahli dan masyarakat.
Saya yakin, dengan adanya platform komunikasi ini, ia akan memudahkan ahli PERKIS untuk berinteraksi dan berkolaborasi dalam usaha memperkasakan komuniti kita. Selain itu, masyarakat umum juga dapat mengikuti perkembangan PERKIS dan turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Sekali lagi, tahniah atas usaha gigih dan komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan khas. Semoga laman web PERKIS ini menjadi alat yang berkesan dalam menyampaikan mesej dan misi PERKIS kepada seluruh warga Kota Kinabalu dan seterusnya, Sabah.
Terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
USTAZ DATUK H. JALIDAR ABDUL RAHIM
SEJARAH PENUBUHAN PERKIS BAHAGIAN KOTA KINABALU
Titik permulaan sejarah penubuhan Pertubuhan Kebajikan Islam Bahagian Kota Kinabalu (PERKIS-BKK) bermula apabila para penaja mengadakan perjumpaan dan perbincangan pertama mereka pada 5 Disember 2020, jam 9.30 pagi, bertempat di Restoran Asian Cuisine yang terletak di halaman Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk membincangkan pemilihan ahli jawatankuasa penaja, pemakluman perkembangan pertubuhan di peringkat pusat, dan juga hala tuju pertubuhan dalam jangka masa panjang.
Semasa mesyuarat atau sesi perbincangan, Pengerusi Penaja, Datuk Hj. Jalidar, memaklumkan bahawa pertubuhan ini telah diluluskan dan didaftarkan di bawah ROS, dan perasmian pelancaran juga akan diadakan dalam tempoh yang tidak lama lagi. Malah, lebih menarik lagi, pertubuhan ini juga telah mempunyai LAGU KHAS PERKIS yang dicipta dan ditulis sendiri oleh Ustaz Datuk Hj. Jalidar.
Mesyuarat kali pertama ini dihadiri oleh lapan orang ahli mesyuarat atau ahli penaja. Mereka ialah Datuk Hj. Jalidar Abdul Rahim, Ustaz Tuan Hj. Khamis Bin Jamil, Ustaz Datu Hj. Ismail Bin Duah, Saiful Bahari Jatlee, Hajimin Bin Maslin, Agku Yussof Bin Pg. Hj. Bujang, Tuan Hj. Masri Bin Hj. Mansor, dan Zaidie Leong @ Dino.
BARISAN Ahli-Ahli Penaja Mesyuarat Kali PERTAMA
Tarikh: 05 September, 2020; Tempat: Restoran Asian Cuisine, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
MASJID/KOMUNITI P171 SEPANGGAR
1. Masjid Tun Ahmadshah Kampung Inanam Laut
2. Masjid Al Aqsa Kg. Kobuni, Kionsom, Inanam
3. Masjid Bandaraya Kk
4. Masjid Al Hidayah Kg. Pulau Sepanggar
5. Masid Muhajirin Kg Warisan
6. Masjid An Nur Cenerakasih
7. Masjid Nur Iman Taman Kemajuan Likas
8. Masjid Nurul Aman Kg Cenderamata 2
9. Masjid Nurul Huda Gentisan
10. Masjid An Nur Rampayan
11. Masjid Al Isra Pekan Telipok
12. Masjid Nur Iman Numbak
13. Masjid Al Hidayah Kg Sabang Baru Numbak
14. Masjid Al Kauthar Kg Karambunai
15. Masjid Mujahidin Kg Gudon
16. Masjid Al Huda Kg Unggun Jaya
17. Masjid Al Munir Kg Darau
18. Masjid Pekan Manggatal
19. Masjid An Nur Taman Putera Jaya
20. Masjid Raudhah Kg Bandulan
21. Masjid Al Falah Tebobon
22. Masjid Al A’laa Kg Lokub
23. Masjid Nuhidayah Kg Boronuon Telipok
24. Masjid Al Azhar Kg Sepakat Jaya
25. Masjid Darul Hikmah Kg Delima Melayu
26. Masjid Kk Hj Taib Kg Kebagu
27. Masjid Ar Ramadan Kg Kalansanan
28. Masjid Jamek Likas
Ketua Menteri rasmi pelancaran PERKIS SABAH
Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor telah merasmikan pelancaran Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) bertempat di Dewan Tun Sakaran Dandai Tabung Haji Kota Kinabalu pada 4 April 2021.
Antara inti ucapan YAB Ketua Menteri, adalah ketua menteri mengharapkan PERKIS agar mampu mendepani segala isu berkaitan lslam khususnya dalam aspek perpaduan, ekonomi, kebajikan, maslahah dan persepsi negatif yang ditohmahkan terhadap agama serta umat lslam.
Turut hadir dalam majlis itu, ialah Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd.Arifin Mohd.Arif dan Datuk Seri Panglima Hj Lajim Okim, Presiden PERKIS.









